Assalamualaikum ...
Pada 19 November 2011 telah berlangsungnya majlis gilang gemilang syarikat Hai-O Marketing sempena ulangtahun syarikat yg ke 19 tahun yang telah diadakan di Dewan MAEPS , Serdang. Sedar tak sedar sudah agak lama syarikat ni bertapak dalam industri perniagaan Network Marketing. So, no komen. Hanya yg berfikiran positif sahaja akan berfikiran positif !!
"Strive for A Perfect Vision"
Majlis bermula seawal jam 6.30 petang dengan kehadiran businessman/businesswoman Hai-O dari pangkat terendah sehinggalah pangkat tertinggi syarikat iaitu Crown Diamond Manager yang diraikan dengan penyampaian anugerah sempena kejayaan mereka mencapai pangkat tertinggi dalam syarikat. Syabas kepada semua CDM 2011 !!
rekaan pentas dengan ciri elegan pada malam tersebut
meraikan CDM-CDM baru dalam syarikat
Yang datang malam tuh semuanya hebat-hebat belaka kerana berani menyahut peluang untuk menceburi bidang ini . Hanya membawa satu tekad dan harapan iaitu mengubah impian menjadi realiti yang mungkin agak sukar utk dikecapi jika hanya dengan makan gaji.
Wajah-wajah CDM 2011 yang dirai diiklankan dalam suratkhabar Berita Harian.
Betapa tingginya pengiktirafan yang diberikan pada mereka. Syabas dan tahniah !
Antara CDM yang dirai adalah dari Group B32 iaitu group yang melahirkan paling ramai CDM pada malam itu . Rasa teramat bangga kerana berada di bawah kepimpinan kumpulan yang sangat hebat ini !! dan saya sendiri telah memasang tekad untuk bergelar CDM 2012 !! Impian Group B32 untuk melahirkan 100 CDM pada ulangtahun syarikat yg ke20 pasti akan dapat direalisasikan kerana tiada apa yang mustahil seandainya usaha yang berterusan dan juga aura yg dapat diserap daripada barisan pemimpin berjaya syarikat di dalam kumpulan B32 sendiri !!!
diapit dua CDM dari Kuantan - CDM Azlini dan CDM Norulafzan
yg menerima award pada malam itu
with CDM Norulafzan
Begitu ramai yang telah berjaya dalam business ini semuanya kerana impian yang jelas
beserta semangat juang yang tinggi merentasi segala liku dan getir dari awal kecimpung dalam menjalankan perniaagaan ini
Acara kemuncak majlis pada malam itu adalah acara cabutan bertuah yang menwarkan hadiah utama paling hebat berupa jongkong emas tulen bernilai RM25,000.00.
Nombor yang paling bertuah pada malam itu
3707
dan tetamu paling istimewa yang turut sama meraikan majlis ulangtahun syarikat
adalah Salih Yakob ~ I follow ......
Sesungguhnya pasti dan teramat pasti majlis pada malam itu memberikan impak yang cukup besar pada hadirin yg turut serta meraikan kejayaan CDM-CDM baru dalam syarikat untuk turut merasa berada di pentas kejayaan.
Ayuh , kita bulatkan tekad dan kuatkan semangat menyerap aura dari pemimpin-pemimpin tertinggi untuk seiring bersama-sama mereka dalam mengecapi kejayaan merealisasikan setiap impian yang selama ini mustahil untuk dimiliki ..
Sekian







